|
|
|

![]()
.gif)
Kisah Anak Serigala

Mowgli Menjadi Anak Serigala
Di pedalaman India pada zaman dahulu ada seekor harimau tua yang tempang kakinya dan paling dibenci oleh binatang-binatang yang hidup aman dalam sebuah kawasan hutan. Harimau ini bernama Shere Khan. Pada suatu malam ketika dia menghendap-hendap mencari makanan Shere Khan ternampak sebuah khemah pemotong kayu. Di dalam khemah itu, pemotong kayu suami isteri dan seorang anak mereka yang masih kecil sedang tidur dengan nyenyak. Di sisi khemah itu, unggun api menyala dengan maraknya.

Kerana
terlalu gembira menemui mangsanya itu Shere Khan terus menerkam. Malangnya Shere
Khan terpijak bara unggun api yang ada di sisi khemah itu. Dia pun melolong
kesakitan sehingga menggemparkan satu keluarga serigala yang tinggal dalam
sebuah gua batu tidak jauh dari situ.
Sedang Bapa Serigala berlari keluar dari guanya hendak menyiasat
kejadian itu, tiba-tiba dia terdengar sesuatu merayap di dalam semak. Apabila
dia bersedia hendak menerkam, dia ternampak seorang anak manusia sedang
merangkak ke arahnya dengan berani. Budak itu adalah anak pemotong kayu yang
tertinggal di dalam khemah ketika ibu bapanya melarikan diri apabila terdengar
lolongan Shere Khan tadi.
Bapa serigala menggonggong budak itu dan membawanya ke dalam gua. Ibu
serigala kasihan dan tertarik hati kepadanya kerana budak itu sedikit pun tidak
takut kepada mereka malah berebut-rebut dengan anak serigala yang lain menghisap
susu Ibu Serigala. Kedua-dua Ibu dan Bapa Serigala bersetuju menerima budak itu
sebagai anak mereka sendiri dan menamakannya Mowgli. Anak-anak serigala yang
lain juga sayang kepadanya dan menganggap Mowgli sebagai saudara mereka sendiri.
Tetapi tidak lama kemudian Shere Khan datang ke mulut gua itu dengan
dipandu Tabaqui, seekor rubah(jackal), yang memang hidupnya memakan sisa
tangkapan binatang-binatang lain. Tabaqui terdahulu daripada itu telah dapat
mengesan ke mana budak kecil pemotong kayu itu pergi dan mengharap dapat makan
sisa-sisa Shere Khan jika harimau tempang itu memakan budak itu nanti.
Bagaimanapun apabila Shere Khan menuntut supaya Bapa Serigala
menyerahkan budak itu, yang didakwanya sebagai haknya,Bapa dan Ibu Serigala
menentang.Shere Khan cuba hendak mengambil budak itu dari dalam gua, tetapi
badannya tidak muat melalui pintu gua. Dengan marah dia akhirnya meninggalkan
gua itu tetapi bersumpah yang suatu hari nanti budak itu akan tetap menjadi
mangsanya.
Semenjak itu, Mowgli tinggal bersama-sama keluarga serigala itu dan
benar-benar sebagai anak serigala di dalam hutan.

Berguru Kepada Baloo
Bapa
Serigala mengajar Mowgli dan saudara-saudaranya yang lain segala rahsia hutan,
mengenai segala binatang dengan segala tabiatnya, mengenai tumbuh-tumbuhan dan
cuaca. Baloo pula mengajarnya Undang-undang Hutan sementara Bagheera selalu
bermain-main dengannya dan memanjakannya.
Antara muridnya yang banyak, Baloo paling suka kepada Mowgli
kerana dia lebih taat belajar dan mesti pula mempelajari berbagai-bagai perkara
yang lain. Anak-anak serigala yang lain cuma belajar Undang-undang yang ada kena
mengena dengan Kumpulan dan kaum Serigala saja. Selepas tahu sedikit sebanyak
mereka tak mahu belajar lagi.
Sebaliknya Mowgli terpaksa belajar untuk hidup di dalam hutan
yang sebenarnya bukan tempat hidup untuk manusia sepertinya. Jadi, Baloo
mengajarnya mengenai kayu-kayan dan segala yang baik serta merbahaya mengenainya.
Dia juga mengajar bahasa, isyarat dan lain-lain adat binatang supaya Mowgli
boleh berhubung dengan mereka dan dapat hidup bersefahaman dalam suasana aman
dan damai.
Baloo juga mengajarnya cara meminta kebenaran berburu di kawasan
kumpulan lain daripada kumpulannya sendiri kerana tiap binatang tidak boleh
menceroboh kawasan yang bukan milik kumpulannya.
"Apabila kita terpaksa berburu di kawasan lain," kata Baloo, "kita
mestilah berkata begini:'benarkanlah saya berburu di sini kerana saya lapar!'
Binatang-binatang di kawasan itu akan menjawab: 'Berburulah untuk mencari makan,
bukan kerana hendak bersuka-suka'."
Kerana terlalu banyak yang mesti dipelajari dan dihafal, Mowgli
selalu juga merasa jemu. Apabila dia mulai jemu dan malas hendak belajar, Baloo
memukulnya sekali-sekala. Bagheera yang kerap datang memerhatikan Mowgli belajar
kerap kali juga marah kepada Baloo kerana terlalu kasar. Walaupun Baloo
mengatakan pukulannya itu hanyalah pukulan sayang dan lemah-lembut, badan Mowgli
kerap juga calar-calar terkena kukunya.
"Lebih baiklah seluruh badannya calar-calar kerana tamparanku
yang mengasihinya, daripada dia menghadapi bahaya kerana tidak mengetahui bahaya
itu terlebih dahulu," kata Baloo. "Saya mengajarnya Bahasa Hutan yang boleh
mendatangkan pertolongan daripada segala yang ada di dalam hutan."
Dengan menggunakan Bahasa Hutan itu Mowgli boleh meminta
pertolongan dengan sesiapa sahaja, termasuk Cil Sang Rajawali, mang Si Keluang
dan Kaa Si Ular Sawa. Dia juga boleh meminta supaya binatang-binatang yang bukan
sahabat seperti ular senduk dan sebagainya supaya tidak mengapa-apakanya.
Tetapi akhirnya dengan menggunakan Bahasa Hutan itulah juga
Mowgli berkawan dengan Kumpulan Bandarlog, iaitu monyet-monyet yang dibenci oleh
Masyarakat Hutan yang lain dan menimbulkan bahaya yang besar kepada dirinya
sendiri

Diterima Sebagai Ahli Kumpulan Serigala.
Ada suatu adat Kumpulan
Serigala yang tinggal di hutan itu. Apabila anak-anak serigala sudah agak besar,
mereka mestilah ditunjukkan kepada semua anggota Kumpulan. Mereka mengadakan
Sidang Kumpulan sebulan sekali pada malam bulan purnama di kawasan berbatu-batu
yang dipanggil Batu Sidang. Di sinilah nasib anak-anak serigala ditentukan, sama
ada diterima sebagai anggota Kumpulan atau sebaliknya. Apabila seekor anak
serigala sudah diterima sebagai anggota Kumpulan, tidak seekor serigala lain pun
boleh membunuhnya, dan jika ada yang membunuh, hukumannya ialah bunuh juga.
Bapa Serigala menunggu sehingga anak-anaknya termasuk Mopa dan Ibu
Serigala pun membawa anak-anak meeka ke Batu Sidang itu. Apabila semua anggota
Kumpulan sudah berada di situ dengan anak amsing-masing, Ketua Kumpulan, seekor
Serigala Jantan yang gagah lagi bijaksana bernama Akela, mula menyuruh ibu-ibu
serigala menunjukkan anak masing-masing untuk dilihat oleh anggota-anggota
Kumpulan.
Akhirnya tibalah kepada giliran Mowgli. Dia sedikit pun tidak
menunjukkan rasa takut sebaliknya bergurau dengan anak-anak serigala lain
seolah-olah dia pun serigala juga. Apabila Akela menyuruh anggota-anggota
Kumpulan melihat Mowgli dan membuat keputusan, tiba-tiba Shere Khan mengaum dari
belakang batu besar. "Anak manusia milikku. Berikan dia kepadaku semula kerana
anak manusia tidak layak hidup bersama kumpulan Serigala!" katanya.wgli, sudah
boleh berlari-lati. Kemudian, pada suatu malam bulan purnama, Ba
Setelah senyap seketika, mulalah beberapa ekor anak serigala yang
sidah agak dewasa menyatkan rasa tidak setuju mereka menerima Mowgli. Mengikut
Undang-undang Hutan, apabila timbul perselisihan begitu, dua anggota Kumpulan
yang bukan ibu atau bapa kepada anak serigala itu mestilah bercakap menyokongnya
baru dia diterima menjadi anggota Kumpulan.
"Siapakah antara anggota Kumpulan yang bersedia menyokong?" tanya
Akela, Ketua Kumpulan. Tidak seekor pun anggota Kumpulan itu bersuara dan Ibu
Serigala pun bersedialah hendak bertempur bermati-matian utnuk mempertahankan
Mowgli.
Seekor binatang lain yang bukan anggota Kumpulan itu tetapi
dibenarkan bercakap dalam Sidang Kumpulan ialah Baloo, seekorberuang tua yang
menjadi guru mengajar anak-anak serigala Undang-undang Hutan. Setelah tidak ada
serigala yang lain bercakap, Baloo berdiri di tempatnya di belakang Batu Sidang
dan menyokong supaya Mowgli diterima sebagai anggota Kumpulan. Dia sendiri
berjanji akan mengajar Mowgli.
Tetapi Mowgli memerlukan lagi satu suara menyokongnya. Ketika Akela
meminta sokongan lagi, Bagheera, seekor Harimau Kumbang yang tangkas tetapi baik
hati, tiba-tiba bercakap. Walaupun dia tidak berhak bersuara, tetapi mengikut
Undang-undang Hutan, nyawa seekor anak serigala boleh ditebus dengan seekor
buruan. Dia akan menghadiahkan seekor lembu jantan yang baru dibunuhnya dan
disembunyikan tidak jauh dari situ untuk menebus nyawa Mowgli supaya diterima
sebagai anggota Kumpulan.
Anggota-anggota Kumpulan segera bersetuju menerima Mowgli sebagai
anggota apabila mendengar hadiah lembu jantan yang ditawarkan oleh Bagheera itu.
Mereka turun dari bukit dan pergi beramai-ramai mendapatkan buruan itu dan
tinggallah Akela, Bagheera, Baloo dan keluarga Mowgli saja di Batu Sidang itu.
Shere Khan mengaum lagi sekuat hatinya, terlalu marah kerana budak itu tidak
diserahkan kepadanya.
Tetapi Akela berkata keputusan itu amat baik kerana manusia dan anak
mereka memang baik dan Mowgli akan dapat memberi pertolongan kepada suatu hari
kelak.