Free Web Hosting by Netfirms
Web Hosting by Netfirms | Free Domain Names by Netfirms

THE SCOUTS ASSOCIATION OF MALAYSIA

DAERAH LARUT MATANG & SELAMA (L.M.S)

PERAK DARUL RIDZUAN

 

KAEDAH PENGISIAN BUKU LOG & UJIAN LENCANA

 

1.1.   Buku Log Keris Gangsa perlu menggunakan Buku Log yang dikeluarkan oleh Daerah.

1.2.   Buku Log Lencana Keris Perak dan Emas dibuat berdasarkan skima yang dilampirkan.

1.3.   Buku Log Lencana Wajib,2 Lencana Kegemaran,2 Lencana Pengetahuan dan 2 Lencana Perkhidmatan dibuat dalam 1 buku log.

1.4.   Ujian Lencana Keahlian,Lencana wajib dan Lencana Keris Gangsa dijalankan pada peringkat kumpulan atau dikenali di peringkat Zon atau

        secara berkelompok 2 dan 3 kumpulan.

 

1.5.   Jangka masa ujian 1.4 terpulang kepada kumpulan atau zon selewat-lewatnya sebelum bulan Jun.

 

1.6.   Pengesahan Lencana dibuat oleh ADC PKK.Sijil disahkan dengan tandatangan Pesuruhjaya Daerah sahaja.

 

1.7.   Lencana kegemaran dijalankan oleh kumpulan sahaja.Pengesahan seperti 1.6.

 

1.8.   Lencana Keris Perak dan 2 Lencana Pengetahuan akan dikendalikan oleh Daerah pada selewatnya  bulan Julai.

 

1.9.   Lencana Perkhidmatan diuruskan oleh kumpulan seperti perkara 1.7 dan 1.6.

 

1.10.  Lencana Keris Emas akan diurus oleh Daerah selepas UPSR.

 

1.11.   Pemimpin kumpulan yang berdaftar adalah penguji sah lencana.

 

1.12.  Kekangan kumpulan atau zon dalam mengendali Ujian lencana perlu dimaklum kepada MPDLMS (PKK) untuk tindakan.

 

1.13.  Ujian Lencana boleh dijalankan dalam bentuk perkhemahan atau ujian harian dan mingguan pada semua peringkat.

 

1.14.  Perkhemahan diperingkat kumpulan atau zon perlu dimaklumkan kepada MPDLMS (PKK).

 

1.15.  Aspek keselamatan perlu ditekankan dalam program.

 

 

Kaedah ini adalah selaras untuk semua peringkat.Pengubahsuaian akan dimaklumkan melalui mesyuarat MPDLMS (PKK).