|
|
|

![]()
.gif)
Apakah Pengakap Kanak-kanak
Pergerakan
Pengakap Kanak-kanak merupakan salah satu badan beruniform (berpakaian seragam)
yang giat bergerak di negara ini. Salah satu cabang dalam pergerakan ini ialah
Pengakap Kanak-kanak. Pengakap Kanak-kanak mengandungi ahli-ahli yang berumur
antara (8) lapan tahun hingga (12) dua belas tahun (murid-murid sekolah rendah).
Pergerakan Pengakap Kanak-kanak menjadi salah satu gerakerja
kumpulan yang memberi khidmat kepada sekolah dan masyarakat. Di bawah program
KBSR Pergerakan Pengakap Kanak-kanak telah dipilih sebagai salah satu gerakerja
kokurikulum yang diwajibkan di semua sekolah rendah. Ini disebabkan ianya
didapati amat sesuai dijalankan oleh murid-murid pada peringkat ini.
Pergerakan Pengakap Kanak-kanak merupakan satu cara didikan yang
boleh dijalankan di dalam dan di luar sekolah. Aktiviti Pergerakan Pengakap
Kanak-kanak mudah diikuti dan menarik minat murid-murid. Di samping itu, ia
dapat pula menyemaikan sifat-sifat kepemimpinan, bekerjasama, tolong-menolong
dan sedia berkhidmat di kalangan mereka.
Pembangunan Pengakap Kanak-Kanak
1. Rasional :
1.1 Peningkatan jumlah ahli PKK pada tiap tahun pendaftaran.
1.2 Minat kanak-kanak yang tinggi terhadap pengakap.
1.3 Komitmen pemimpin kumpulan yang tinggi.
1.4 Program Latihan yang terancang dan tersusun.
1.5 Program Latihan yang dapat menyedia,membina,memupuk ketrampilan,jati diri,kebolehan berdikari dan
kemantapan pengetahuan melalui pengalaman sendiri.
2. VISI :
Memantapkan Pengakap kanak-kanak untuk menjadi satu unit beruniform yang unggul,unik cemerlang dan
disegani melalui program yang terancang secara berterusan.
3. MISI :
3.1 Keseragaman dalam pelaksanaan program Latihan PKK.
3.2 Meningkatkan kualiti pencapaian lencana melalui kemantapan kemahiran.
3.3 Meningkat keberkesanan aktiviti pada semua peringkat PKK.
3.4 Peluang yang luas untuk PKK mendapat kemahiran dan pengalaman.