|
|
|

![]()
.gif)

RIWAYAT HIDUP LORD BADEN-POWELL
Pada 22 Februari 1857 seorang bayi telah dilahirkan disebuah rumah berhampiran Hyde Park,London.Bayi itu dinamakan Robert stephenson Smyth baden Powell.Bapanya bernama Reverend H.G.Baden Powell ialah seorang mahaguru di Universiti Oxford.Ibunya ialah anak seorang laksamana British bernama W.T.Smyth.Beliau mempunyai tujuh orang adik-beradik.
Pada usianya tiga tahun bapanya meninggal dunia dan tinggallah beliau dalam pemeliharaan ibunya.Beliau sangat gemar kepada penghidupan di luar rumah.Beliau terkenal dengan nama ringkasnya BP.BP amat sayang kepada kanak-kanak.
BP ditauliahkan sebagai Lefternan Muda dalam Pasukan Askar Hussar ke-13 dan ditempatkan di India pada tahun 1876dan kemundian mendapat pangkat Ketua Inspektor dalam tahun 1903.Dalam satu serangan terhadap Mafeking dalam tahun 1899,BPmerancang membawa pesanan-pesanan dan mengantikan askar-askar di medan perang dengan kanak-kanak yang tinggal dibandar yang diserang itu.Kepantasan dan kecekapan kanak-kanak ini meninggalkan kesan yang amat dalam pada hati BP dan dalam tahun 1907 ketika pulang ke England,beliau menganjurkan suatu perkhemahan percubaan di Pulau Brownsea bagi kanak-kanak lelaki.kejayaan perkhemahan di Pulau Brownsea itu,pada tahun 1908 BP telah mengarang sebuah buku bernama Scouting For Boys.
BP menanam semangat taat kepada Tuhan,Raja dan Negara.Kejayaan ini tidak dapat ditandingi oleh teman-teman yang sezaman dengannya.Inti dari pusaka yang ditinggalkan ialah adunan teratur bagi kecekapan dan tatatertib yang mengembangkan dasar-dasar asas seorang manusia.Dalam Jambori Pengakap Sedunia Pertama di Olympia,BP telah dilantik menjadi Pengakap Agung bagi seluruh dunia.
Pada tahun 1937 sewaktu berumur 80 tahun,BP bersama-sama isterinya,Lady Baden Powell,seorang yang telah bersungguh-sungguh membantu BP dalam segala kerja mengembangkan pergerakan pengakap,disertai oleh anak-anaknya meninggalkan bandaraya London menuju ke Kenya di Afrika dan bermastautin di sebuah kampung yang aman,permandangan yang indah,hutan yang menghijau,kemuncak gunung yang diselaputi oleh salji,di situlah BP berehat setelah lama berbakti kepada dunia.
Buku Scouting For Boys dijadikan kitab untuk semua pengakap dunia.Ramai yang telah menerima ideanya kerana ini terbukti dengan perkembangan pergerakan ini ke serata dunia kecuali negara-negara komunis.Pergerakan pengakap telah memberi peluang kepada muda-mudi mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti dan telah menunjukkan kecekapan dalam berbagai perkara yang diuji.Pada mulanya masyarakat menganggap perkhemahan sebagai sesuatu yang janggal,tetapi Lord Baden Powell telah menyangkal perkara ini sehinggalah kini perkhemahan bukan sahaja popular di kalangan pengakap malah di kalangan masyarakat biasa.
Lord Baden Powell telah menerima banyak anugerah seperti'Baron'dan telah menjadi Ketua Pengakap dunia.Pada tahun 1937 beliau telah menerima Order Of Merit.Beliau telah meneruskan usaha dalam lapangan ini sehingga berumur 80 tahun.Beliau kemudiannya melancong ke merata pelosok dunia untuk menyaksikan sendiri kegiatan pengakap dan pandu puteri.Seumur hidupnya,BP telah berusaha mewujudkan kegembiraan kepada orang lain melalui pergerakan pengakap.
Oleh yang demikian,adalah menjadi kerugian besar bagi semua orang khususnya pengakap apabila pada 8 Januari 1941 BP meninggal dunia.Mendiang dikebumikan dengan penuh kehormatan di bawah bayang-bayang kelembutan Gunung Kenya.Kata-kata akhirnya kepada kita semua di dalam pergerakan ini ialah:
"TUHAN MEMIMPIN DAN MEMBANTUMU DI DALAM KERJA-KERJA MU."
BIOGRAFI LORD BADEN POWELL
Pergerakkan pengakap telah diperkenalkan oleh seorang askar Inggeris yang berpangkat Lefternan Jeneral,iaitu Lord Baden Powell yang lebih di kenali sebagai BP.Lord Baden Powell atau nama penuhnya Robert Stephenson Smyth Baden Powel dilahirkan pada 22 februari 1857 di London.Bapanya,Reverend (paderi)H.G.Baden Powell adalah seorang sains dan profesor matematik di Universiti Oxford.Ibunya bernama Henrietta Grace adalah anak kepada Laksamana William Henry Smyth.
B-P Semasa Kecil
Bapa B-P meninggal semasa B-P berumur tujuh tahun.Ibunya telah membeli sebuah rumah di Hyde Park Gate di mana B-P tinggal di situ dari tahun 1861 hingga 1878.SemasaB-P berumur 11 tahun,beliau menerima biasiswa untuk belajar di sekolah Charterhouse.Pelajar-pelajar di sekolah itu mendapati namanya "Baden Powell" terlalu panjang untuk disebut.Oleh itu mereka menggunakan nama singkatan iaitu "B-P" bila memanggilnya.B-P telah menyertai berbagai-bagai aktiviti seperti coir,kadet dan pancaragam.B-P juga berminat dalam seni muzik,melukis,menulis,menembak dan menjadi penjaga gol dalam bola sepak.Beliau merupakan seorang pelakon yang berbakat dan mengambil bahagian dalam drama di sekolah.Pada masa cuti B-P bersama-sama abang-abangnya suka mengembara dan berkhemah.Mereka juga berpeluang belayar dengan perahu layar dari London ke Wales.
B-P Sebagai Askar
Apabila B-P berusia 19 tahun beliau telah lulus dengan cemerlang dalam ujian memasuki tentera Darat.daripada 718 peserta beliau dapat tempat kelima -Infantri dan tempat kedua -Kalvari).Oleh itu,beliau dijadikan seorang pegawai tanpa memasuki Maktab Tentera Diraja di Sandhurst.Beberapa minggu kemudian,Sub Lefternan R.S.S.Baden Powell telah belayar ke India dan menyertai Pasuka Hussars ke 13.Dengan pasukan itu,beliau berkhidmat di India,Afghanistan dan Afrika Selatan.B-P dinaikkan ke pangkat Kapten pada tahun 1883.Pada tahun 1884,regimennya bertugas di Natal (Zululand).Orang-orang Zulu menggelar B-P M'HALA PANZI yang bermakna orang yang membaring semasa menembak.B-P telah bertugas sebagai Penolong Setiausaha Tentera di Malta dari tahun 1890 hingga 1893.Dalam tahun 1895,beliau dihantar ke Ashanti (Ghana) di Pantai Barat Afrika untuk menentang seorang pemimpin yang ganas yang beranama Raja Prempeh.semasa bertugas di situlah B-P diberi salam tangan kiri oleh ketua puak Ashanti sebagai tanda kepercayaan dan penghormatan kerana seorang pahlawan hendak meletak perisainya yang dipengang dengan tangan kiri Di Ashanti,B-p digelar KATANKYE yang bermaksud orang yang topi besar.Dalam tahun 1896,B-P dihantar ke Matabeleland (Rhodesia).Beliau sungguh sabar ketika mengintip pihak musuh sehingga digelar IMPEESA yang bermaksud serigala yang tidak pernah tidur.
B-P dinaikkan pangkat ke Kolonel dalam tahun 1897 untuk mengetuai Dragoon Guards ke % di India.Disitu,B-P telah menrancang beberapa program yang berbentuk pertandingan dan permainan luas bagi melatih pasukannya peninjaunya.Mereka dibahagikan ke dalam kumpulan kecil di bawah seorang pegawai tidak bertauliah.Askar-askar yang menunjukkan kebolehan yang cermelang diberi lencana yang berbentuk poin utara kompas yang kini menjadi lambang Pengakap.Sistem yang digunakannya ialah sistem patrol yang dpraktikan oleh pengakap pada masa sekarang.
B-P kembali ke England dalam tahun 1899 dan membawa bersamanya sebuah manuskrip yang dikarangnya semasa bercuti di Kashmir.Buku yang berjudul "Aids to Scouting"mengandungi latihan-latihan yang beliau berikan kepada askar peninjaunya.
Perang Boer
Kekecohan telah berlaku diantara pihak British di Afrika selatan dengan pihak Boer (pendatang berketurunan Belanda) di Transval.Pada bulan Julai 1899,B-P tiba di Afrika Selatan dan pada hujung September,dua buah regimen askar berkuda telah bersiap sedia untuk mempertahankan sempadan British dari serangan pihak Boer.Perang Boer tercetus pada 11 Oktober 1899 dan bandar Mafeking telah dikepung oleh pihak Boer.Walaupun B-P kekurangan askar (hanya 1000 orang berbanding dengan 9000 askar Boer),beliau berjaya mempertahankan bandar Mafeking dengan menggunakan muslihat tipu helah.Salah satu muslihatnya ialah dengan meletak periuk api yang diisi dengan pasir di kelilingi bandar Mafeking dan papan kenyataan "BAHAYA!" diletakan di tempat itu.B-P telah mempertahankan bandar Mafeking selama 218 hari dan telah menjadi terkenal serta menjadi wira negara.Beliau menjadi Mejar-Jeneral semasa berumur 43 tahun dan merupakan jeneral yang termuda dalam Tentera Darat British.Selepas Perang Boer tamat,B-P ditugaskan untuk menubuhkan Pasukan Polis Afrika Selatan.Dalam tahun 1903, beliau naikkan pangkat ke Inspektor Jeneral Tentera Berkuda.Apbila B-P berusia 50 tahun,beliau dijadikan Lefternan Jeneral dan dimasukkan ke tentera simpanan pada tahun 1907.
Mulanya Pengakap
"Aids to Scouting" yang di terbitkan semasa bandar Mafeking di kepung telah menarik perhatian ramai guru-guru serta pemimpin belia di England.Pada tahun 1904 Sir William Smith, (Pengasas Boys Brigade) rakan B-P telah menggalakkan beliau membuat satu skim latihan untuk budak-budak.Dengan berpandukan "Aids to Scouting",B-P telah membuat satu perkhemahan untuk 21 orang budak di Pulau Brownsea berhampiran Dorset pada 31 Julai 1907.B-P membahagi budak-budak itu kepada 4 patrol (Bulls,Curlews,Ravens,Wolves).seorang budaka dalam setiap kumpulan dilantik menjadi Ketua Patrol dan memakai satu lencana 'Arrowhead'.(kepala anak panah) pada topinya.Prkhemahan itu berlangsung selama 10 hari dan banyak aktiviti seperti mengembara,memerhati,berperahu,latihan,permainan dan pertandingan diadakan.Unggun api diadakan pada setiap malam.Perkhemahan pengakap yang pertama ini telah berjaya dan B-P pun mengarang sebuah buku untuk pengakap "Scouting For Boys".Buku tersebut diterbitkan pada May,1908 dan telah memikat ramai pembaca.Pergerakkan Pengakap telah berkembang dengan begitu meluas bukan sahaja di England,malah ke Australia,Kanada,New zealand dan Afrika selatan pada hujung tahun 1908.Pada tahun 1909,"Scouting For Boys"diterjemahakan ke lima bahasa dan pergerakan pengakap ditubuhkan di Chile,Amerika Syarikat dan India.
Kehidupan B-P Seterusnya
King Edward VII telah mengurniakan gelaran 'knight' kepada B-P dalam tahun 1909 da bersetuju bahawa pengakap yang lulus dalam ujian pentaraf digelar Pengakap Raja.Pada 30 Oktober 1912,B-P berkahwin dengan Olave St.Clair Soames di gereja St.Peter,Parkstone.Seratus ribu orang Pengakap telah menyumbang satu 'penny' dan menghadiahkannya sebuah kreeta 'Standard'.Dalam Jambori Pengakap Sedunia Pertama yang diadakan di Olympia,London pada 6 Ogos 1920,B-P diistiharkan Ketua Pengakap Sedunia (World Chief Scout). Dalam tahun 1929,iaitu pada hari genapnya Pergerakan Pengakap berusia 21 tahun B-P dianugerahkan kemuliaan dengan gelaran Lord Baden Powell of Gilwell.Pengakap-pengakap seluruh dunia telah menyumangkan 1 'penny' untuh hadiah B-P yang merupakan sebuah kreta Rolls Royce dan sebuah potret beliau yang dilukis oleh David Jagger.Penghormatan yang tertinggi B-P ialah apabila King george V menganugerahkan beliau bintang "Order Of Merit" dalam tahun 1937.
Selepas menghadiri Perhimpunan Gilwell (Gilwell Reunion) dalam bulan September 1937,B-P serta isterinya brmastautin di sebuah kampung yang aman dan cantik di negeri Kenya,Afrika. Dalam bulan Mei 1938,B-P kembali ke rumahnya di Pax Hill di Hampshire,England dan beliau kembali semula ke Nyeri dalam tahun 1938.selepas berkhidmat selama 33 tahun dalam Pergerakan Pengakap dan Pandu Puteri,B-P yang berusia 84 tahun telah meninggal dunia di kediamanya 'Paxtu' di Nyeri pada 8 Januari 1941.