Free Web Hosting by Netfirms
Web Hosting by Netfirms | Free Domain Names by Netfirms

FALSAFAH PENGAKAP MALAYSIA

Pergerakan Pengakap mempunyai tujuan untuk memberi latihan kepimpinan yang berasaskan

Prinsip dan Undang-undang Pengakap ke arah mencapai nilai murni dan mengeratkan Persaudaraan

Pengakap Antarabangsa tanpa mengira warna kulit,agama dan kebudayaan serta bersepadu bagi

mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,rohani dan jasmani dengan

berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

 

Usaha dan amalan demikian adalah untuk memperkukuhkan disiplin dan akhlak diri,membentuk sifat

bersopan santun,berbudi bahasa serta bertanggungjawab terhadap diri sendiri,keluarga dan

masyarakat untuk menuju ke matlamat akhir pergerakan supaya menjadi warga yang

berguna kepada Agama,Bangsa dan Negara

 

 

 

PERSETIAAN PENGAKAP

Bahawa dengan sesungguhnya saya berjanji dan

bersetia yang saya dengan seberapa daya upaya saya akan

Taat kepada Tuhan,Raja dan Negara

Menolong orang pada setiap masa menurut

Undang-undang Pengakap

 

"SELAMAT DATANG KE LAMAN PENGAKAP DAERAH LARUT MATANG & SELAMA"