THE SCOUTS ASSOCIATION OF
MALAYSIA
DAERAH
LARUT MATANG & SELAMA (L.M.S)
PERAK
DARUL RIDZUAN
KOMPAS









Kompas merupakan peralatan yang penting untuk setiap
pengembaraan. Ia merupakan bantuan yang tidak ternilai pentingnya bagi navigasi
dalam keadaan-keadaan terburuk.
- Bahagian-bahagian di dalam setiap kompas.
Sebuah kompas perlu kejab. (compact), lasak, ringan dan mudah
dikendalikan. Jarum kompas perlu mengimbang balik sekiranya kompas tersebut
berpusing. Untuk itu jarum tersebut perlu berada di dalam tabung cecair.
Kompas juga perlu mendapat satu tanda yang senang untuk satu laluan
perjalanan.
- Mata Pedoman Kompas.
- Utara, selatan. Timur dan barat adalah tanda mata pedoman yang penting
pada kompas. Ada lagi dua belas mata pedoman di antara mata-mata pedoman
yang penting ini, umpanya Barat Daya. Kesemua sekali ada enam belas mata
pedoman.
- Untuk lebih tepat lagi, satu bulatan ddibahagikan kepada 360o
. Keempat-empat tanda pedoman yang penting adalah 900 (timur),
180o (selatan), 270o (barat) dan 360o
(utara).
Bering
Bering memberikan tanda arah yang tepat dari satu tempat ke
satu tempat yang lain. Bering adalah sudut yang diukur mrngikut perjalanan
arah jam, dari satu garisan dengan garisan yang ditetapkan. Garisan yang
ditetapkan selalunya adalah utara, melainkan garisan lain diberikan.
Utara sebenar, Megnetik dan Grid
Ada tiga jenis utara.
- Utara Sebenar - Arah ke Khutub Utara
- Utara Megnetik - Arah yang ditunjukkan oleh megnet.
- Utara grid - Arah utara selatan garisan grid.
Selagi utara sebenar atau megnetik tidak ditetapkan dengan bering,
bering yang dipakai ialah bering grid.
Sudut yang terdapat diantara utara megnetik dan utara Sebenar di mana
tempat sekali pun adalah perubahan megnetik untuk tempat itu.
Khutub megnetik berubah sedikit setiap tahun, jadi sedikit perubahan
kepada utara megnetik dan perubahan mengetik terjadi pada setiap tahun.
Maklumat yang penuh diberikan di dalam maklumat ditepi peta, bagi semua peta
topografi. Untuk semua peta semenanjung Malaysia, perubahan megnetik tahunan
adalah terlalu kecil, dengan itu tidak perlu dibuat perubahan pada bering
dari megnetik ke bering grid.
Bering Belakang.
Bering ke belakang memberi arah dari tempat yang anda lihat ke tempat
anda sekarang. Bering kebelakang di ambil dari dua tempat atau lebih untuk
mencari kedudukan.
Pilih dua kedudukan atau lebih yang anda daapat lihat di atas tanah dan
tentukan kedudukan, tempat di atas peta. Kedudukan ini mestilah jauh antara
satu sama lain untuk mendapatkan sudut siku apabila bering belakang
dilukiskan di atas peta. Ambil bering kedudukan-kedudukan itu dan ubahkan ke
bering belakang. Caranya adalah seperti berikut:-
- Jika bering ke satu kedudukan itu kurang dari 180o, tambah 180o.
- Jika bering ke satu kedudukan itu lebih dari 180o
, tolak 180o
- Ubahkan bering belakang dari bering megnetik ke bering grid (ini tidak
perlu di Malaysia).
- Setiap bering kurang dari 180o di campur
180o .
- Bering belakang 120o = 120o + 180o
= 300o
.
Setiap bering melebihi 180o
ditolak 180o
5.3.2 Bering belakang 200o =
200o - 180o
= 20o .
- Menggunakan Tiga Kedudukan Yang Diketahui
Sebagai satu perlindungan dari berlakunya kesilapan, kedua-dua
cara boleh menggunakan tiga cara panduan berbanding dengan dua. Apabila ini
sudah dilakukan, kemungkinan ketiga-tiga bering ini tidak akan bertemu tepat
pada satu tempat. Kemungkinan akan terjadi satu tiga segi yang kecil ditempat
interseksyen tadi. Jika tiga segi kecil, bolehlah diambil tengah-tengah tiga
segi tadi sebagai kedududkan yang dikehendaki. Jika tiga segi tadi besar,
kemungkinan kesalahan telah berlaku, Bering-bering perlu diperiksa
semula.