Free Web Hosting by Netfirms
Web Hosting by Netfirms | Free Domain Names by Netfirms

 

 

PENUBUHAN DAN PENDAFTARAN KUMPULAN

1. Sesebuah kumpulan ini boleh ditubuhkan dengan syarat-syarat yang berikut:

           1.1   Mempunyai ahli yang cukup untuk bergerak iaitu sekurang-kurangnya ada:

                    1.1.1  12 orang ahli

                    1.1.2  2 orang pemimpin

                    1.1.3  Beberapa orang ahli biasa sebagai ahli jawatankuasa yang mentadbir kumpulan itu.

 

            1.2   Kumpulan dan ahli-ahlinya hendaklah berdaftar dan membayar yuran tahunan.

 

2.  Penubuhan kumpulan hendaklah dibuat melalui Pesuruhjaya Daerah atau Setiausaha Kehormat Majlis Daerah.

 

3.  Ibu Pejabat,Persekutuan Pengakap Malaysia akan mengelurakan Sijil Pendaftaran Kumpulan dan Nombor atau huruf pengenalan.Pendaftaran ini hanya sah

     digunakan oleh kumpulan itu sahaja.

 

4.  Pendaftaran Keahlian dan Kumpulan.

 

             4.1   Pendaftaran Keahlian dan Kumpulan

                 

                     4.1.1   Dibuat pada setiap tahun dengan menggunakan borang PPM - 1(A).

                     4.1.2   Yuran Pendaftaran:-

 

                                 Kumpulan .................................................................................RM 30.00

                                 Pemimpin & Ahli Biasa ........................................................... RM  10.00

                                 Pengakap...................................................................................RM  5.00

 

              4.2   Urusan pendaftaran hendaklah dibuat melalui Pesuruhjaya Daerah masing-masing.

 

 

 

UNIT-UNIT DALAM KUMPULAN

 

1.  Dalam pergerakan pengakap ada 4 unit seperti berikut:-

 

                                   Unit                                                                                                  Umur

 

                   1.1 Pengakap Kanak-kanak                                                                            8     -    12 tahun

                   1.2 Pengakap Muda                                                                                     12     -   15 tahun

                   1.3 Pengakap Remaja                                                                                  15     -   18 tahun

                   1.4 Pengakap Kelana                                                                                   18     -   35 tahun

 

2.   Jika sesuai dengan keadaan tempat dan ada kumudahan unit-unit yang tersebut dibawah ini bolehlah ditubuhkan dengan kebenaran Pesuruhjaya Pengaka Negeri.

 

                                  Unit                                                                                                      Umur

 

                   1.5 Pengakap Laut                                                                                       12    -    15 dan 18 tahun

                   1.6 Pengakap Udara                                                                                     12    -    15 dan 18 tahun

 

3.   Sesebuah kumpulan itu terdiri lebih daripada satu unit dalam kumpulanya iaitu berdasarkan kepada bilangan budak dalam lingkungan umur mengikut unit yang ada

      dalam kumpulan tersebut.

 

4.   Jika sesebuah kumpulan itu terdiri lebih daripada tiga unit,hendaklah dilantik Ketua Pemimpin Kumpulan bagi menyelaraskan pentadbiran pemimpin-pemimpin dalam

      semua unit yang berkenaan.

 

5.   Tiap-tiap unit dalam kumpulan dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil yang dipanggil,enam sekawan,patrol dan pasukan seperti berikut:

 

 

 

 

Unit

Kumpulan Kecil

Bilangan Ahli

       
5.1 Pengakap Kanak-Kanak Enam Sekawan Tidak kurang daripada 6 orang
       
5.2 Pengakap Muda Patrol Tidak Kurang daripada 8 orang
       
5.3 Pengakap Remaja Patrol Tidak kurang daripada 8 orang
       
5.4 Pengakap Kelana Pasukan Tidak kurang daripada 10 orang

 

 

 

     Untuk membentuk enam sekawan,patrol dan pasukan itu bolehlah dikra kepada bilangan yang hampir tetapi tidak melebihi mengikut               

     bilangan yang ditentukan.Dalam hal ini Pertmbangan budibicara hendaklah digunakan bagi menyesuaikan dengan keadaan.

 

6.  Bilangan ahli dalam sesebuah kumpulan itu hendaklah berdasarkan kepada kadar seperti berikut:

                                            

 

 

 

 

Unit

Ahli Pengakap

Pemimpin

       
6.1 Pengakap Kanak-Kanak 24 orang 2 orang
       
6.2 Pengakap Muda 32 orang 2 orang
       
6.3 Pengakap Remaja 36 orang 2 orang
       
6.4 Pengakap Kelana 10 orang 1 orang

 

AHLI-AHLI KUMPULAN

 

1.  Kumpulan hendaklah mempunyai sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada ahli-ahli seperti berikut:

 

     1.1  Pengerusi            -   Kuasa Penganjur (Pengetua/Guru Besar/Pengarah)

     1.2  Setiausaha           -   Pemimpin yang menjaga kumpulan

     1.3  Bendahari            -   Seorang Ahli Biasa.

     1.4  Ahli-Ahli             -   Sekurang-kurangnya 4 orang (2 daripadanya hendaklah ahli biasa)

 

2.   Tanggungjawab Ahli jawatankuasa ini adalah seperti berikut:

 

      2.1  Memberi sokongan dan kerjasama kepada kuasa penganjur dan pemimpin-pemimpin.

      2.2  Membantu kumpulan bagi mendapatkan segala kemudahan dan kewangan yang diperlukan untuk memajukan pergerakan pengakap.

 

 

MESYUARAT

 

1.  Mesyuarat Pemimpin

 

     Pemimpin-pemimpin hendaklah mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya dua (2) bulan sekali bagi membincangkan perkara-perkara berikut:

 

     1.1 Hal ehwal pentadbiran dan keahlian kumpulan.

     1.2 Mengatur rancangan-rancangan aktiviti.

     1.3 Anggaran perbelanjaan.

     1.4 Membincangkan dan menyelaraskan rancangan daerah dan negeri.

     1.5 Cadangan-cadangan untuk dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Kumpulan.

 

2.   Mesyuarat Jawatankuasa Kumpulan

 

      Jawatankuasa kumpulan hendaklah mengadakan mesyuaratnya sekurang-kurangnya tiga(3) bulan sekali untuk membincangkan perkara-perkara yang berikut:

 

      2.1 Menimbangkan cadangan-cadangan untuk mendapatkan sumber kewangan dan harta benda bagi memajukan pergerakan kumpulan.

 

 

PEMIMPIN

 

1.    Tiap-tiap unit dalam kumpulan hendaklah mempunyai seorang pemimpin dan beberapa orang penolong pemimpin.

 

2.    Orang-orang dewasa sama ada lelaki atau perempuan yang berumur lebih daripada 19 tahun boleh menjadi pemimpin

 

3.    Pencalonan pemimpin hendaklah dibuat oleh Kuasa Penganjur,Pengerusi,Pengerusi Penaja atau dicadangkan oleh Pesuruhjaya Pengakap Daerah.

 

4.    Seseorang pemimpin MESTI mempunyai tauliah.Adalah menjadi suatu kesalahan jika pemimpin tersebut tidak bertauliah dan ia tidak boleh menjalankan aktiviti

       sebagai seorang pemimpin.

 

5.    Memastikan membuat pendaftaran kumpulan dan keahlian dibuat setiap tahun dan mendapatkan tauliah bagi pemimpin dan penolong -penolong pemimpin dari

       Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Perak.

 

 

TAULIAH PEMIMPIN

 

1.    Mendapat dan memberikan kerjasama dengan kuasa penganjur bagi menjalankan pentadbiran dan latihan kumpulan.

 

2.    Memberi sokongan dan bekerjasama kepada Pesuruhjaya Pengakap Daerah dan Penolong-penolongnya dalam semua hal yang berkaitan dengan pentadbiran dan

       aktiviti berpengakap.

 

3.    Memberi latihan yang betul kepada pengakap mengikut perturan dan Skim Latihan yang dikeluarkan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia.

 

4.    Menyimpan dan menjaga segala dokumen,buku rekod,fail dan harta benda kumpulan dengan baik.

 

5.    Sentiasa mengambil berat untuk menjaga nama baik pergerakan pengakap dan keselamatan pengakap-pengakap semasa menjalankan aktiviti sama ada di dalam

       atau lebih-lebih lagi diluar kawasan kumpulan.

 

6.    Faham dasar-dasar latihan Persekutuan pengakap Malaysia.

 

7.    Tahu latarbelakang sejarah pengakap.

 

8.    Mematuhi persetiaan dan undang-undang pengakap.

 

9.    Sentiasa berikhtiar untuk menambah pengetahuan dengan menghadiri kursus-kursus,seminar,perjumpaan,membaca buku dan lain-lain bahan bertulis mengenai

       pergerakan pengakap dan mendapatkan bantuan peribadi.Ini kerana latihan pengakap itu sentiasa menerima perubahan sesuai dengan perkembangan semasa.

 

10.  Tahu menyusun rancangan dengan baik dan sesuai.

 

11.  Boleh menyampaikan pengajaran dengan menggunakan teknik yang sesuai dan berkesan.

 

12.  Boleh dan berupaya menyampaikan latihan sebagai satu pengalaman dalam hidup yang sentiasa menarik,seronok, dan riang gembira.

 

 

SIFAT-SIFAT SEORANG PEMIMPIN

 

1.     Berminat terhadap tugas untuk memimpin.

 

2.     Ada rasa kinsaafan untuk memimpin.Ada rasa kesedaran tentang betapa mustahaknya memimpin budak-budak pengakap yang sentiasa terdedah dengan

        unsur-unsur yang menarik kepada sifat-sifat yang negatif.

 

3.     Sentiasa ikhlas terhadap tugasnya.Sanggup berkorban masa,tenaga dan juga material.

 

4.     Ada rasa persaudaraan pengakap dengan pemimpin-pemimpin lain.

 

5.     Sentiasa sabar menjalankan tugas.

 

6.     Tabah menghadapi dugaan dalam menjalankan tugas,kerana tidak semua amal yang baik itu dapat diterima dengan baik oleh masyarakat.

 

7.     Jujur.

 

8.    Sanggup menerima teguran dengan senang hati dan segera membaikinya.

 

9.    Menjadi pemimpin pengakap bukan dengan tujuan yang lain.Tidak mengharapkan nama,sanjungan dan jauh sekali untuk faedah diri.

 

10.  Dalam segala hal sentiasa menjadi contoh kepada pengakap yang dipimpin.

 

11.  Sentiasa menunaikan kewajipan terhadap agamanya.

 

12.  Berkhemah tinggi,berpakaian dan berperawakan kemas.

 

13.  Tahu menyesuaikan diri,sentiasa ramah mesra dan tenang serta berfikir.

 

14.  Cermat mengeluarkan kata,sentiasa berwaspada dan selalu sedia.

 

 

 

MERANCANG AKTIVITI KEPENGAKAPAN

 

 

Dalam merancang dan mengendalikan latihan kepengakapan,pemimpin pengakap harus:-

 

a).  Mengetahui pergerakan pengakap dan aktiviti yang dirancang olehnya.

 

b).  Sebelum merancang,pastikan pengetahuan yang ada pada mereka dan pilih kegiatan yang difikirkan perlu sahaja dalam jangkamasa yang hendak diberikan.

      (Ikut skim pengakap).

 

c).  Merancang aktiviti yang menyeronokkan dan mengembirakan ahli-ahli.

 

d).  Pastikan sama ada wajar mereka diberi kegiatan yang lebih mencabar atau lebih tinggi.

 

e).  Sekiranya sesuatu aktiviti kurang brjaya,cari punca-puncanya yang menyebabkannya supayaa dalam rancangan berikutnya ia tidak dulangi lagi.

 

f).   Pastikan langkah-langkah keselamatan telah diambil dan mendapat kebenaran ibubapa/penjaga sebelum menjalankan seseuatu aktiviti yang mencabar dan berisiko

      tinggi.